Tuesday, October 29, 2013
Seminyak: Warung Kolega
Jika anda tinggal di kawasan Petitenget dekat Seminyak, menemui makanan halal agak sulit meski ada beberapa warung kecil di beberapa tempat yang pastinya tidak semua orang merasa selesa. Warung Kolega hadir menawarkan alternatif dengan tempat yang selesa, makanan yang sedap dan harga munasabah.
Masakan di sini ala Jawa dan untuk orang Malaysia sangat sesuai kerana tidak terlalu pedas ala Indonesia. Mudah ditemukan kerana terletak di tepi jalan dan tidak jauh dari Potato Head. Di warung ini juga terpampang foto-foto selebriti Indonesia yang sudah menyinggah di sini.
Ulasan tentang makanan di Warung Kolega oleh Cumi Lebay;
http://www.cumilebay.com/2013/01/seminyak-punya-warung-kolega.html
Warung Kolega (Masakan Jawa)
Jalan Petitenget No. 98A
Kerobokan, Kuta Bali
0361-4732480
Friday, October 18, 2013
Sanur: Warung Jawa "Moro Seneng"
Warung yang terletak di Jalan Danau Poso sangat terkenal di kalangan penduduk tempatan, warga asing yang menetap di Sanur dan pelancong bajet yang tinggal berdekatan kerana pilihan makanan yang banyak, murah dan dibuka 24 jam. Kalau sukar menemuinya, cari saja Rumah Makan Sari Bundo Jaya yang terletak di sebelahnya. Warung ini menyediakan masakan ala Jawa dan pilihan sayuran di sini agak banyak.
Jika anda memilih tinggal di hotel sekitar Jalan Mertasari dan Sanur Beach Resort, warung ini boleh dijangkau dengan berjalan kaki sekitar 5-10 minit.
Warung Jawa "Moro Seneng"
Jalan Danau Poso 27 Sanur
(0361) 289947
Thursday, October 3, 2013
Ubud: Rumah Makan Minang Sumbar Hidup
Selain dari Warung Ijo dan Igelanca, satu lagi restoran makanan halal di sepanjang Jalan Raya Ubud adalah rumah makan minang "Sumbar Hidup". Harganya boleh dianggap murah untuk sebuah kedai makan di Ubud. Rumah makan ini turut menyediakan surau meski saiznya kecil.
Sumbar Hidup
081337081215 / 087860156004 / (0361) 979388
Jalan Raya Ubud, Ubud, Gianyar Bali.
Monday, September 30, 2013
Ubud - Igelanca
Jalan Raya Ubud selepas persimpangan Jalan Hanoman (dari Pasar Ubud) terdapat beberapa tempat makan halal, salah satunya ada Igelanca. Berbanding tempat makan lain, Igelanca lebih berkelas dan pastinya itu berdampak pada harganya. Rata-rata untuk sekali makan dan minum di sini akan menghabiskan wang paling minimum 40,000 rupiah. Igelanca sangat sesuai untuk makan sambil merasai sensasi berada di Ubud.
Igelanca
Jalan Raya Ubud, Ubud
(depan Neka Gallery)
(0361) 809 9124
Saturday, September 28, 2013
Ubud - Warung Ijo
![]() |
Menu dan harga |
![]() |
Soto Ayam |
![]() |
Nasi Goreng |
Warung Ijo menyediakan masakan halal ala Bali dan lokasi keberadaannya sangat strategis di Jalan Raya Ubud, tidak jauh dari Pasar Ubud dan bersebelahan dengan kedai roti BreadLife.
Jangan tertipu dengan pintu masuk yang kecil kerana ruang di dalamnya agak besar. Warung Ijo juga menyediakan surau untuk yang ingin solat dan wi-fi untuk yang ingin tersambung ke dunia maya.
Harga di sini tergolong murah untuk sebuah warung yang terletak di jalan utama Ubud. Nasi Goreng, Mie Goreng & Ayam Penyet cuma 13,000 rupiah dan segelas kopi hanya 4,000 rupiah. Warung Ijo turyt menyediakan lauk pauk; sayur, ayam, ikan, telur, tofu dan rendang.
Warung Ijo sangat disyorkan kerana harga yang murah dan lokasi yang strategik. Selain sesuai untuk makan tengah hari dan makan malam, warung ini sangat sesuai untuk berehat sambil minum kopi sementara menunggu kekasih atau rakan-rakan membeli belah di Pasar Ubud.
Warung Ijo
Jalan Raya Ubud (sebelah BreadLife)
036 1971161
Tuesday, September 24, 2013
Sanur: Pasar Sindu
Untuk mereka yang tinggal di Sanur terutama di Jalan Danau Tamblingan, Pasar Sindu adalah syurga masakan halal. Di sini berbagai aneka juadah makanan halal dijual seperti nasi campur Jawa, sate Madura, nasi goreng, terang bulan (apam balik) dan bermacam-macam lagi.
Warung-warung di sini dibuka mulai jam 6 petang hingga 10 malam. Untuk ke sini, tanya saja pekerja di tempat anda menginap dan pasti mereka akan membantu memberi tunjuk arah.
Patut dicuba di sini adalah masakan Jawa di Warung Muslim Banyuwangi (gerobak warna hijau di dalam gambar). Selamat mencuba dan menikmati!
Sunday, September 22, 2013
Kuta: Warung Nikmat
Warung Nikmat menyediakan masakan ala Jawa yang enak dan murah. Lokasi tidak jauh dari kedai Joger, sekitar 5 minit berjalan kaki. Meski tersorok sedikit, jika bertanya orang tempatan hampir semuanya akan tahu di mana letaknya kedai makan ini.
Warung Nikmat
Jl Bakungsari Gang Biduri No 6 (sebelah Hotel Bakung Sari Kuta Bali) Kuta
Subscribe to:
Posts (Atom)