Sanur

1. Pasar Sindu


















Untuk mereka yang tinggal di Sanur terutama di Jalan Danau Tamblingan, Pasar Sindu adalah syurga masakan halal. Di sini berbagai aneka juadah makanan halal dijual seperti nasi campur Jawa, sate Madura, nasi goreng, terang bulan (apam balik) dan bermacam-macam lagi.

Warung-warung di sini dibuka mulai jam 6 petang hingga 10 malam. Untuk ke sini, tanya saja pekerja di tempat anda menginap dan pasti mereka akan membantu memberi tunjuk arah.

Patut dicuba di sini adalah masakan Jawa di Warung Muslim Banyuwangi (gerobak warna hijau di dalam gambar). Selamat mencuba dan menikmati!

2. Warung Jawa "Moro Seneng"
















Warung yang terletak di Jalan Danau Poso sangat terkenal di kalangan penduduk tempatan, warga asing yang menetap di Sanur dan pelancong bajet yang tinggal berdekatan kerana pilihan makanan yang banyak, murah dan dibuka 24 jam. Kalau sukar menemuinya, cari saja Rumah Makan Sari Bundo Jaya yang terletak di sebelahnya. Warung ini menyediakan masakan ala Jawa dan pilihan sayuran di sini agak banyak.

Jika anda memilih tinggal di hotel sekitar Jalan Mertasari dan Sanur Beach Resort, warung ini boleh dijangkau dengan berjalan kaki sekitar 5-10 minit.

Warung Jawa "Moro Seneng"
Jalan Danau Poso 27 Sanur
(0361) 289947

3. Warung Mak Beng


















Warung Mak Beng yang menjadi legenda Sanur ini harus disinggahi. Menurut orang tempatan, sambal Mak Beng antara yang terenak di Bali. Warung ini sangat sederhana tetapi sangat ramai mulai jam 11 pagi hingga 2 petang sehingga harus menunggu (pemiliknya tidak ingin membesarkannya dan mahu keadaan seadanya).

Menu di sini hanya tersedia Ikan Laut Goreng, Sup Kepala Ikan Laut dan Sup Sayur beserta sambal dan nasi putih yang dihidangkan dalam satu set. Harga untuk set adalah 34,000 rupiah.

Sedikit sejarah Warung Mak Beng

Warung Mak Beng berdiri di tahun 1941 didirikan oleh Ni Ketut Tjuki yang sekarang terkenal dengan sebutan "Mak Beng".

Prakarsa dari sambal Mak Beng dipelopori oleh mertua Mak beng sendiri kemudian dilanjutkan oleh generasi sekarang.

Sup kepala ikan gagasan ini datang dari Mak Beng dan suaminya I Putu Gede Wirya (Nyoo Tik Gwan).

Alamat:

Warung Mak Beng
Jalan Hang Tuah No. 45 Sanur
Telefon: (0361) 282 633


No comments:

Post a Comment