![]() |
Menu dan harga |
![]() |
Soto Ayam |
![]() |
Nasi Goreng |
Warung Ijo menyediakan masakan halal ala Bali dan lokasi keberadaannya sangat strategis di Jalan Raya Ubud, tidak jauh dari Pasar Ubud dan bersebelahan dengan kedai roti BreadLife.
Jangan tertipu dengan pintu masuk yang kecil kerana ruang di dalamnya agak besar. Warung Ijo juga menyediakan surau untuk yang ingin solat dan wi-fi untuk yang ingin tersambung ke dunia maya.
Harga di sini tergolong murah untuk sebuah warung yang terletak di jalan utama Ubud. Nasi Goreng, Mie Goreng & Ayam Penyet cuma 13,000 rupiah dan segelas kopi hanya 4,000 rupiah. Warung Ijo turyt menyediakan lauk pauk; sayur, ayam, ikan, telur, tofu dan rendang.
Warung Ijo sangat disyorkan kerana harga yang murah dan lokasi yang strategik. Selain sesuai untuk makan tengah hari dan makan malam, warung ini sangat sesuai untuk berehat sambil minum kopi sementara menunggu kekasih atau rakan-rakan membeli belah di Pasar Ubud.
Warung Ijo
Jalan Raya Ubud (sebelah BreadLife)
036 1971161
No comments:
Post a Comment