Monday, September 30, 2013
Ubud - Igelanca
Jalan Raya Ubud selepas persimpangan Jalan Hanoman (dari Pasar Ubud) terdapat beberapa tempat makan halal, salah satunya ada Igelanca. Berbanding tempat makan lain, Igelanca lebih berkelas dan pastinya itu berdampak pada harganya. Rata-rata untuk sekali makan dan minum di sini akan menghabiskan wang paling minimum 40,000 rupiah. Igelanca sangat sesuai untuk makan sambil merasai sensasi berada di Ubud.
Igelanca
Jalan Raya Ubud, Ubud
(depan Neka Gallery)
(0361) 809 9124
Saturday, September 28, 2013
Ubud - Warung Ijo
![]() |
Menu dan harga |
![]() |
Soto Ayam |
![]() |
Nasi Goreng |
Warung Ijo menyediakan masakan halal ala Bali dan lokasi keberadaannya sangat strategis di Jalan Raya Ubud, tidak jauh dari Pasar Ubud dan bersebelahan dengan kedai roti BreadLife.
Jangan tertipu dengan pintu masuk yang kecil kerana ruang di dalamnya agak besar. Warung Ijo juga menyediakan surau untuk yang ingin solat dan wi-fi untuk yang ingin tersambung ke dunia maya.
Harga di sini tergolong murah untuk sebuah warung yang terletak di jalan utama Ubud. Nasi Goreng, Mie Goreng & Ayam Penyet cuma 13,000 rupiah dan segelas kopi hanya 4,000 rupiah. Warung Ijo turyt menyediakan lauk pauk; sayur, ayam, ikan, telur, tofu dan rendang.
Warung Ijo sangat disyorkan kerana harga yang murah dan lokasi yang strategik. Selain sesuai untuk makan tengah hari dan makan malam, warung ini sangat sesuai untuk berehat sambil minum kopi sementara menunggu kekasih atau rakan-rakan membeli belah di Pasar Ubud.
Warung Ijo
Jalan Raya Ubud (sebelah BreadLife)
036 1971161
Tuesday, September 24, 2013
Sanur: Pasar Sindu
Untuk mereka yang tinggal di Sanur terutama di Jalan Danau Tamblingan, Pasar Sindu adalah syurga masakan halal. Di sini berbagai aneka juadah makanan halal dijual seperti nasi campur Jawa, sate Madura, nasi goreng, terang bulan (apam balik) dan bermacam-macam lagi.
Warung-warung di sini dibuka mulai jam 6 petang hingga 10 malam. Untuk ke sini, tanya saja pekerja di tempat anda menginap dan pasti mereka akan membantu memberi tunjuk arah.
Patut dicuba di sini adalah masakan Jawa di Warung Muslim Banyuwangi (gerobak warna hijau di dalam gambar). Selamat mencuba dan menikmati!
Sunday, September 22, 2013
Kuta: Warung Nikmat
Warung Nikmat menyediakan masakan ala Jawa yang enak dan murah. Lokasi tidak jauh dari kedai Joger, sekitar 5 minit berjalan kaki. Meski tersorok sedikit, jika bertanya orang tempatan hampir semuanya akan tahu di mana letaknya kedai makan ini.
Warung Nikmat
Jl Bakungsari Gang Biduri No 6 (sebelah Hotel Bakung Sari Kuta Bali) Kuta
Saturday, September 21, 2013
Denpasar: Warung Tenda-Ku
![]() |
Ayam Goreng, Terong Goreng & Nasi Uduk |
Menu handalan di tempat makan ini adalah bebek goreng dan ayam goreng beserta nasi uduknya yang enak. Selain bebek goreng, menu lain yang disediakan adalah ikan lele goreng/bakar, jangki goreng/bakar, hati dan ampela, tahu, terong dan tempe goreng/bakar/penyet dan juga nasi merah.
Warung Tenda-Ku
Jalan Tukad Yeh Aya 143 D
Renon, Denpasar
(bersebelahan dengan Circle K)
Dibuka jam 2.30 petang hingga 10 malam.
Thursday, September 12, 2013
Sanur: Warung Mak Beng
Warung Mak Beng yang menjadi legenda Sanur ini harus disinggahi. Menurut orang tempatan, sambal Mak Beng antara yang terenak di Bali. Warung ini sangat sederhana tetapi sangat ramai mulai jam 11 pagi hingga 2 petang sehingga harus menunggu (pemiliknya tidak ingin membesarkannya dan mahu keadaan seadanya).
Menu di sini hanya tersedia Ikan Laut Goreng, Sup Kepala Ikan Laut dan Sup Sayur beserta sambal dan nasi putih yang dihidangkan dalam satu set. Harga untuk set adalah 34,000 rupiah.
Sedikit sejarah Warung Mak Beng
Warung Mak Beng berdiri di tahun 1941 didirikan oleh Ni Ketut Tjuki yang sekarang terkenal dengan sebutan "Mak Beng".
Prakarsa dari sambal Mak Beng dipelopori oleh mertua Mak beng sendiri kemudian dilanjutkan oleh generasi sekarang.
Sup kepala ikan gagasan ini datang dari Mak Beng dan suaminya I Putu Gede Wirya (Nyoo Tik Gwan).
Alamat:
Warung Mak Beng
Jalan Hang Tuah No. 45 Sanur
Telefon: (0361) 282 633
Wednesday, September 11, 2013
Denpasar: Warung Mie Aceh
Meski warungnya tidak secantik Rumoh Aceh, makanan di sini tidak kalah enaknya. Saya sempat mencuba nasi goreng daging telurnya dan rasanya mantap. Jika berkunjung ke sini, sebaiknya mencuba mie mereka yang katanya sangat enak. Senarai mesti cuba untuk kunjungan saya seterusnya.
Warung Mie Aceh
Jl. Teuku Umar Barat No. 9
Marlboro - Denpasar
085 237 915 900
081 269 111 723
Tuesday, September 10, 2013
Denpasar: Rumoh Aceh
Lokasi restoran kecil ini agak sukar ditemukan kerana terletak agak dalam di kawasan Pemogan. Namun wajib dicuba terutama menu Mie Aceh dan Nasi Goreng Aceh yang sangat enak.
Alamat:
Jalan Raya Pemogan 105
Banjar Jaba Jati
Denpasar Bali
+62818601429
+6281388697699
rizal2008@live.com
https://www.facebook.com/rumohacehinbali
Wednesday, September 4, 2013
Denpasar - Depot Cak Asmo

Depot Cak Asmo. Ada 3 cawangan di Denpasar.
1- Jalan Tukad Gangga No. 8Y Denpasar
Telefon : (0361) 256246
2 - Jalan Teuku Umar No. 273 Denpasar
Telefon: (0361) 8587999
3 - Jalan Komodo No. 24 Denpasar
Telefon: (0361) 234658
Menyediakan masakan ala Cina.
Sunday, September 1, 2013
Denpasar - Lontong Masjid Agung Denpasar
Jika berkunjung atau melalui kota Denpasar, cuba singgah ke Masjid Agung Sudirman yang terletak di Jalan Sudirman untuk mencuba lontong sayur yang dijual di kawasan parkir. Rasanya enak dan murah sekali, 10,000 rupiah.
Kuta - Warung Indonesia
Terletak di lorong (gang) di pusat backpackers Bali di Poppies. Menyediakan nasi campur masakan Jawa dengan harga berpatutan semurah 10,000 rupiah dan juga masakan-masakan lain.
Alamat:
Warung Indonesia
Jl. Legian Poppies II Gang Ronta
Kuta - Bali
0361 759817
Subscribe to:
Posts (Atom)